10 Pesanan untuk jadi individu
dan umat yang hebat lagi berjaya :
Imam Hasan Al Banna |
(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar
azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك
في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran,
tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk
bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
satu-satunya syiar Islam.
(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي
بخير.
4. Janganlah
bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong
tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak
ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang
lagi tenteram.
(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak
bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah
bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti
hati orang.
(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada
mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah
bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس
دعوتنا الحب والتعارف.
9.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan
dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن
كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh
itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Petikan : 10 Wasiat
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Pasted
from <http://www.facebook.com/photo.php?fbid=207756932667546&set=a.196304923812747.37618.147052988737941&type=3>
Tidak ada komentar:
Posting Komentar